Wednesday 31 October 2012

penyakit dahulu dan sekarang....apa bezanya



Pada satu masa dahulu penyakit berjangkit seperti leprosy ,tuberculosis .dan black fever sangat di takuti.Kuman kuman pada udara masuk ke tubuh ma nusia dan memusnahkan system tubuh dan organ.Kesan kepada kemusnahan organ akhirnya mengundang kematian .Pada zaman itu apabila wabak menjelma . seluruh negara merasa bahana nya.Serangan wabak ini bagaikan bom nuclear yang mampu memusnahkan selkuruh kehidupan sesiapa saja dalam sekelit mata dan mereka yang mengidapnya mati dalam azab yang mengerikan.
Lalu kita mula mencipta vaksin dan ubat ubatan yang mampu melwana dan mematian uman,Sebahagian uman purba yang di geruni sudah pupus  dan kita bioleh menarik nafas lega kerana perjuangan kita sudah mencapai matlamatnya.
Antara kuman bahaya yang Berjaya di kalahlkan ia;lah viris small pox atau cacar .Leprosy atau penyakit kusta yang mencacatkan anggota tubuh juga Berjaya di kalahkan dengan pusat pusat pengumpulan pesakit kusta yang didirikan.
Namun kita mula di serang penyakit kronik era baru yang turut membunh manusia sepertu kencing mabis /sakit jantung obesity serta gout osteoporosis.kesan penyakit ini juga tidak kurang hebat penangan nya.Ia membunuh berjuta juta orang .Kita kehilangan ahli keliuarga dan orang tersayang di sebabkan penyakit era baru ini .dan rtak kurang ranai dari kita yang mengidaopnta.
Tahulah kita penyakit ini bukan penyakit ringan yang boleh di sembuhkan dengan penga,mbilan ubat ubatan semata mata.
Ia tidak boleh sembuh kerana penyebab nya ialaha kerosakan dalam  darah kita dan kerosakan itu perlu di betulkan segera. Imuniti di hasilkan pleh system imuniti tubuh kita.Sistem ini merupakan satu system komp-lex yang terdiri dari sel sel yang di namakan organ lymphoid.
Tugas organ lymphoid ialah mengeluarkan sel sel imuniti kita.Sel sel imuniti dalam darah kita  bertugas   sebagai penjaga yang mengesan kuman kuman.Kuman yang menyerang akan di bunuh oleh sel sel imuniti kita.Sel sel imuniti seperti ini di namakan sel darah putih.Di dalam darah kita ada beberapa jenis sel darah putih yang penting untuk kita.nama nama sel itu ialah limfosit,monosit,neutrofil,basofil dan beberapa lagi .Fungsi sel sel ini seolah olah pegawai polis yang menangkap penjenayah.
Satu lagi organ lymphoid pula bertugas menghasilkan anti bodi.Antibody merupakan protein yang menentang antigen.Antigen ialah protein yang di hasilkan oleh kuman.KUman mempunyai Dna dan Rna yang tersendiri. Kehadiran dna dan rna seperti ini boleh menyebabkan kerosakan kepada tubuh   kita .Dengan asanya system imuniti yang cergas  kerosakan tidak akan berlaku.
Seseorang yang mempunyai system imuniti yang baik mudah sembuh dari serangan kuman dan penyakit lain juga.Tubuhnya kuat mementang penyakit lalu dia mendapat kesembuhan yang cepat.Sebalik nya jika system  imuniti    seseorang itu kurang kuat maka seseorang itu akan kerap mendapat demam dan akan lambat sembuh dari sebarang penyakit nya.
Apabila kita meningkat usia,system imuniti juga turut merosot. Ini membuatkan orang orang yang lebih tua mudah mendapat pelbagai penyakit dan mengalami kemerosotan system tubuh.
Bagi memastikan kekebalan system imuniti kita boleh mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai bagi pembinaan salur darah baru seperti omega three dan juga mengambil makanan beranti oksida tinggi,Saya suka mengesyorkan gluthathione yang merupakan anti oksidan yang baik.Selain itu pengambilan buah buahan amat mustahak bagi meningkatkan vitamin dalam darah.
Me njadi tua merupakan satu realiti. Ini ialah hukum alam.Tiada apa yang kekal abadi di dunia ini .Tiada siapa yang terkecuali.. Penuaan adalah satu proses yang melibat kan Mental , fizikal dan emosi. Apabila seseorang itu menjadi tua , dia mengalami masalah menjadi pelupa , badan nya menjadi  lemah dan senang mengalami kemurungan. Tersebut adalah satu contoh yang sedikit berbanding pelbagai perubahan yang sebenarnya berlaku kepada badan manusia apabila dia menjadi tua .
Justeru itu pengetahuan dan asas ilmu anti penuaan harus di ketahui dan di pelajari agar kita dapat membendung gejala gejala akibat penuaan Jika kita tahu sebab tua maka kita boleh menjaga diri kita agar sentiasa muda. Sel sel tubuh kita sentiasa perlu di ganti baru bagi memblehkan nya kekal muda,Proses ini lah yang di namakan proses  replikasi sel ataupun mitosis.Sel lama akan merosot dan mati dan tempatnya di gantikan oleh sel baru.Hal ini menyebabkan sel kulit,sel saraf,sel otot dan semua sel dalam tubuh boleh sentiasa dalam keadaan optimum dan muda.Apabila prosesI ni gagal berlaku maka kita akan menjadi tua.
Kita boleh melambatkan penuaan dengan membaik pulih system hormone kita,mengamalkan pemakanan berlandaskan prinsip anti penuaan .kesan nya dapat di lihat dengan segera dan ianya amat menkajubkan..


No comments:

Post a Comment