Tuesday 20 November 2012

kurang hormon punca obesiti

“Kenapa saya makan hanya sedikit namun berat badan mudah naik?” Tanya Puan Tina. Puan Tina merasa kecewa kerana setelah pelabagai cara dilakukan tubuhnya sukar kurus. Lemak pada tubuh sukar dihilangkan. Saya memeriksa  beliau dan menemui tanda tanda kerosakan hormone yang ketara.

Muka Puan Tina bulat dengan lemak berkumpul pada dagu dan pipi. Ini membuatkan bentuk muka nya  tampak montel .Muka juga kelihatan bengkak seolah-olah kembang. Bentuk wajah ini dinamakan sebagai “Moon face” dalam bahasa perubatan. Pada belakangnya terdapat ketulan lemak yang tebal kelihatan seperti bonggol di namakan “Buffalo hump” dalam bahasa perubatan. Ciri-ciri ini pada umumnya di namakan cushinoid .

Puan Tina juga mengumpul lemak pada belakang tubuhnya iaitu pada bawah tulang selangka. Ini menyebabkan tubuhnya  kelihatan lebar dari belakang seolah olah tubuh lelaki pula. Dia mengakui  kasut nya semakin besar sejak mengidap obesity dan  bertanya saya mengapakah hal ini terjadi. Adakah kaki kita boleh semakin besar? Sebenarnya kaki membesar  kerana bengkak dan hal ini di namakan  myexedema Begitu juga muka yang bengkak akibat myexedema.

Penyakit obesity merupakan penyakit moden yang merupakan satu misteri bagi pengidapnya. Ia datang dengan tidak semena-mena dan tanpa kita sedari tubuh sudah berat dan berlemak dan kita seolah-olah terkapai-kapai mencari jalan penyelesaiannya.

Tiada siapa yang mahu dirinya menjadi gemuk dan tiada siapa pun dilahirka gemuk atau ditakdirkan untuk kekal gemuk selama-lamanya.

Maka masalah obesity dijadikan suatu perniagaan yang bertindak semata-mata meraih keuntungan tanpa kesan yang memuaskan. Pengidap obesity disalahkan jika gagal mendapat kesan kurus yang diinginkan. Kajian menunjukkan 90 peratus individu yang berdiet dengan mengamalkan pengambilan kalori rendah dan menurunkan berat badan mereka akhirnya kembali ke berat asal dan menjadi obese semula selepas dua tahun. Ini merupakan sesuatu yang merugikan apatah lagi jika mereka menghabiskan sejumlah wang yang banyak di pusat-pusat pelangsingan bagi mencapai impian menjadi kurus.

Tribunal pengguna pula menegaskan kerugian yang di alami pengguna pula adalah berjuta juta ringgit saban tahun akibat melanggan pusat pelangsingan yang menaburkan janji-janji yang indah khabar dari rupa ini.

Kita sebenarnya terdesak untuk mencari jalan penyelesaian.Kita telah mencuba pelbagai cara seperti mengurangkan makan, bersenam, mengikat perut dan melatih diri kita membenci makanan namun kita gagal. Maka kita jadi terdesak dan perlu meminta bantuan mereka yang menaburkan janji-janji bahawa kita pasti kurus setelah membuat pelaburan.

Memang benar kita terdesak dan memerlukan bantuan namun kita harus faham fakta-fakta ini barulah kita mampu membantu diri kita untuk kurus semula.


Fakta 1

Proses pemecahan lemak ialah suatu proses biokimia. Ia memerlukan hormone, enzim dan aktiviti yang membolehkan lemak bergerak di dalam systemnya. Jika anda mempunyai masalah obesity yang kronik dan tidak berganjak berat badan meskipun sudah diet bertahun-tahun maka pemeriksaan darah bagi melihat kehadiran hormon-hormon ini adalah penting.


Fakta 2

Terdapat enam hormone yang terpenting bagi fungsi metabolik tubuh iaitu insulin, glucagon, growth hormone, thyroid hormone, cortisol and epinephrine. Hormon-hormon inilah yang bertanggngjawab bagi memastikan makanan yang kita makan akan digunakan sebagai tenaga atau bertukar kepada otot atau pun lemak tubuh. Tidak dinafikan hormon merupakan satu faktor yang menyebabkan obesity. Hormon leptin, insulin, hormon sex dan GH mempunyai kesan ke atas selera makan, kadar metabolik dan jumlah lemak dalam badan dan bagaimana lemak itu diagihkan ke tubuh kita. Mereka yang obese mempunyai masalah di mana jumlah hormon yang mereka miliki menyebabkan lemak tidak mampu dihancurkan sebaliknya sel-sel lemak mereka makin berkembang kerana tidak ada faktor darah yang mencukupi bagi membolehkan metabolism lemak berlaku dengan efektif.

Ghrelin, yang di temui lima tahun dulu dikeluarkan dari perut. Lebih tinggi kehadiran ghrelin dalam tubuh seseorang lebih sukar seseorang itu mengekang tabiat makan. Ia meningkatkan rasa lapar dan merangsang selera makan.

Leptin, hormone yang di keluarkan oleh sel lemak pula sebaliknya. Ia ialah signal keperluan metabolik. Leptin yang rendah pula menyebabkan kita rasa mahu makan lebih banyak.


Fakta 3

Pada otak kita mempunyai hypotalamus dan kalenjar pituitary merupakan pusat yang megawal fungsi hormon. Ia bekerja seperti sebuah thermostat atau suis yang mengawal rasa lapar dan kenyang serta kadar pembakaran lemak tubuh kita. Ia juga megawal berat badan dan cuba mengekalkan berat yang tinggi bagi tubuh seseorang.

Ia megawal ratio di antara hormone hormone yang saling berinteraksi dalam darah kita. Ratio antara insulin dan glucagon merupakan perkara asas yang terpenting yang perlu di betulkan bagi menjadikan seseorang itu kurus atau gemuk.

Hormon ini di keluarkan oleh sel sel yang berada di pancreas .Selepas kita makan karbohidrat atau gula, maka insulin akan dirembeskan dari pancreas. Jika kandungan gula tinggi maka insulin yang terhasil juga tinggi. Insulin yang tinggi merangsang penukaran gula kepada lemak. Insulin yang rendah membolehkan gula masuk ke sel otot dan di gunakan bagi pembinaan otot serta bertukar kepada tenaga.

Apabila gula rendah maka glucagon pula di rembeskan dan ia menukarkan lemak kepada gula. Maka jelaslah kepada kita bukan makanan itu yag menjadikan kita gemuk tetapi kadar penghasilan insulin dan glukagon yang menjadikan kita gemuk.

Fakta 4

Sekirannya kita berjaya meningkatkan glukagon dan hormon-hormon yang disebutkan tadi,  maka kadar metabolism akan naik. Namun sekirannya kita gagal besar kemungkinan kalenjar hormon kita sudah rosak. Kalenjar ini perlu di perbaiki dengan kaedah spesifik dan bukannya dengan cara menahan lapar semata-mata. Kaedah yang betul ialah meningkatkan aktiviti senaman kerana otot yang aktif akan menjadikan metabolism lebih baik. Kualiti pemakanan juga harus dijaga di mana kualiti protin perlu ditingkatkan dan karbohidrat dihentikan .


Fakta 5

Rawatan pelangsingan yang berjaya akan menjadikan kita sihat cergas dan tampak lebih muda dan cantik kerana ia meningkatkan fungsi enzim, menjana tanaga, membetulakn corak pemakanan kita serta menjadikan sel tubuh kita lebih aktif.

Rawatan pelangsinagan tidak seharusnya memudaratkan dengan kesan cirit biritt dan menuntut kita berdiet sehingga lemah dan lesu tubuh kita jadinya. Ubat yang mempunyai kesan berdebar-debar pada jantung tidak harus digunakan kerana besar kemungjkinan ia memudaratkan jantung.

Setelah memahami fakta-fakta ini anda boleh membuat pilihan yang tepat dan fokus dalam usaha menrunkan berat badan.




No comments:

Post a Comment